Tidak akan kulupakan hari ini Subuh Jumaat dan hari ini jatuh pada hari yang sama menandakan usiaku telah 33 tahun.
My conception date was on February 14 1975. I found it somewhere mengikut perkiraan matematik dan hari. Tetapi Allah sahaja yang mengetahui.
Kebiasaannya, bacaan Ummul Kitab adalah untuk arwah ibuku, keluarga, saudara mara dan seluruh muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah pulang kerahmat Allah. Dan terakhir untuk diriku sendiri.
Kebiasaannya arwah emak akan menyediakan bubur putih-bubur merah. Begitu simbolis kepada asal kejadian manusia. Bubur putih yang dimasak awal terlebih dahulu bersama santan kelapa biasanya tawar. Bubur pulut merah yang biasanya di campurkan dengan gula merah/perang menjadikan rasa yang agak manis
Yang penting mesej disebalik bubur putih dan bubur merah, bedasarkan dari apa yang aku dengar, sebagai kesyukuran dan memperingatkan manusia. Dimana tumpahnya air mani dan menjadi seketul darah, daging, tulang, urat. . .seterusnya sempurna sifat dan kejadian manusia.
Dan kesedaran timbul untuk mencari siapakah diri manusia yang sebenar.... paling tidak mencari siapakah diriku.
Apa yang jelas, aku tidak lagi menyambut hari ulang tahunku dengan mengadakan parti2 kesukaan. Kerana hari bilamana aku dilahirkan adalah hari bagi seribu kesakitan sebelum kegembiraan bagi arwah ibuku. Tidak wajar aku meraikan dengan bersuka-sukaan.
Cukuplah sekadar Al-Fatihah sebagai tanda syukur dan mengulanginya setiap tahun selama 33 tahun dan akan aku teruskannya selama mana aku masih lagi bernafas. Insya Allah mudah-mudahan usia yang tinggal untuk ku diberkati untuk memberkati. Amin.
"Bagaimana awal begitulah akhirnya kehidupan manusia. Bagaimana datangnya begitulah perginya."
Rahman dan Rahim menjadi usulan awal kejadian manusia dan alam semesta. Inilah cinta yang paling agung dalam sejarah peradaban manusia dan alam semesta ini yang pernah aku temui!. Bagaimana keharmonian alam ini disatukan oleh Pencipta.
Terlalu banyak yang perlu aku pelajari sebagai menghabiskan sisa hidup yang tinggal tidak seberapa waktu sahaja.
Kepada adik2ku semuanya dan rakan2 yang menngucapkan selamat, terima kasih semoga ia menjadi doa yang sempurna dan aku mengaminkannya.Mudah mudahan jua kamu semua sama diberkati.
Bagi diriku sendiri, aku sangat yakin dan percaya kepada diriku. Sesunguhnya tidak ada kegembiraan dan kesenangan sebelum datangnya kesukaran. Dan dengan ini akan aku tempuhi dan redah. Semoga Tuhan membimbingku dan aku percaya.
What goes round will comes in round, square will go nowhere and stay!
An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember
Friday, November 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment