Benarlah menjalani kehidupan itu tidak semudah untuk hidup (yang hanya memerlukan makan dan minum).
Ketenangan jiwa adalah sumber kehidupan yang menjadi aspirasi. Mungkinkah syurga itu dihati kita?
Memperhalusi kehidupan dan perjalanan insan adalah sesuatu yang amat bernilai. Sehingga kiranya makhluk ini tahu kehidupan dan kematian nescaya ia tidak mempunyai masa.
Masa untuk mencerobohi sesuatu yang bukan haknya untuk memiliki, masa yang bukan menjadi miliknya kerana makhluk ini adalah masa. Dan dia tidak memiliki masanya sendiri.
Bila masa itu hanya untuk melakukan kebaikan dari setiap sudut dan panca indera. Adakah dia mempunyai masa untuk sesuatu yang bukan kebaikan?

"Kiranya tiba masa dijanjikan, kembali bersaksikan seribu persaksian, turun dari langit alam ,bangkit dari dasar bumi . . . Bahawa hamba ini, tiada tempat yang paling indah untuknya didalam seribu kegembiraan dan tiada tempat untuknya tinggal didalam duka dan lara. Matinya tidak berkubur bersemadi didalam setiap sanubari insan dari pelusuk semesta. Dan ini permintaan terakhir darinya, Api menjadi api, air menjadi air, angin menjadi angin dan tanah menjadi tanah dan cahaya kembali menjadi cahaya, Dari seribu manifestasi dia diam didalam diri, lahir seribu manifestasi dari dirinya. Kerana dia telah menemukan syurga yang paling indah di dalam dirinya dan sesiapa yang mencarinya disitulah adanya. Kegelapan duduknya didalam cahaya yang nyata diamnya. Masih aku membaca 'buku' ini . . ."
Tetapi mengapa manusia masih lagi menyakiti sesamanya.?
Tetapi mengapa manusia masih lagi menyakiti sesamanya.?
No comments:
Post a Comment