An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Sunday, October 19, 2008

Janji DiSebalik Tabir

October 19 2008 Sunday

Bilamana aku dihampakan oleh janji yang tidak tertunaikan. Dan tidak sekali aku digelumangkan oleh emosi kehampaan. Dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa akan ada di antara manusia yang pernah aku kenali akan selalu menceriakan hari-hariku dan menerangi kegelapan malam.

Dan hari mendatang aku lalui dengan penuh keyakinan.....

Sering aku terlupa, bahawa pernah janjiku belum tertunaikan. Dengan harapan aku akan dapat melaksanakan dengan iradat dan kudrat ku yang tinggal hanya sisa sahaja. Usia semakin bertambah. Masih banyak ruang yang belum pernah kuisikan lagi. Dan aku akan memenuhi segala ruang itu.

Hari ini . . .aku tutupi dengan harapan. Membuka setiap tabir yang menyelubungi kalbu kegelapan dan mencari cahaya disetiap bukaan. Dan terima kasih Tuhan aku menemui setitik cahaya dari dua insan yang pernah aku kenali.

No comments: