Tulang dan daging ini akan kembali dipersemadian. Jiwa dan Semangat ini diminta untuk bersama-sama dengan kekasih hatinya didalam keabadian. Ketentuan didalam masa menjadi penantian dan kerinduan yang semakin dalam - kedamaian yang abadi itu telah pasti.
Hanya aku penunggu takdir yang setia sehingga ketentuan dan kepastian bagiku tiba. Dan ia telah hampir.
Aku telah pergi, kembali dan datang lagi disini untuk meneruskan perjuangan yang hanya tinggal beberapa detik cuma.
Junjungan salam buat semua...
Aku bukan miliki sesiapa tetapi diriku sendiri. Dan aku tidak memiliki kerana bukan aku pemilik abadi. Akan kutinggalkan jua dan ditinggalkan. Hakikat yang pasti aku hadapi beberapa saat dari ku sekarang ini.
An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment