September 23 2008 Tuesday
Quoted from a friend of mine.... I have yet met.
"Saya berkawan dengan orang yang boleh menerima saya seadanya.Saya sedar siapa saya. Hargailah orang yang menyayangi diri kita. Bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menyayangi diri kita dengan seadanya dan yang paling penting keikhlasan yang lahir dari hati yang tulus murni. Jika kita merasakan sesuatu itu membahagiakan diri serta kehidupan kita, maka kita patut teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali dalam hidup ini. Tiada peluang kedua dan kalau pun ada ianya tidak akan sama dan seindah dengan apa yang pernah kita lalui dahulu dan pastinya kita sering merinduinya. . Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan seseorang yang sesuai dan dapat menyayangi diri anda dengan seadanya, maka hargailah dia dan janganlah biarkan dia berlalu dengan begitu sahaja. Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi sayanglah dengan apa yang kita ada !!!!!!!!!!. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ade teman yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan.... SAYA MENCARI SEBUAH PERHUBUNGAN YG IKHLAS DAN BUKAN UNTUK SUKA-SUKA Aku bukan mudah nak lupakan orang yang aku sayang... Aku bukan jenis yang touch and go... Aku bukan macam tu , Sekali aku dah sayang kat orang tu selama-lamanya aku sayang... Tapi Tuhan tidak menjanjikan hari-hari aku tanpa sakit , tertawa tanpa kesedihan , matahari tanpa hujan tetapi dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu , kebahagiaan untuk air mata dan terang dalam perjalanan... "
No comments:
Post a Comment