An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Thursday, September 18, 2008

Rindu Seorang Kekasih

Batu Pahat
Saturday September 6 2008

Perkhabaran tidak aku terima, mengapa dia berdiam diri?
Adakah kerana dia kecewa dan rasa hampa?
Adakah dia rasa kecil hati?
Adakah dia telah melupakanku?
Ataukah aku yang telah menghindari atau tidak ambil peduli......
Walau apa pun aku berserah pada waktu dan rahsia yang belum aku ketahui.
Kerana percaya bahawa pertemuan dan perpisahan adalah lumrah....
Kerana percaya bahawa aku tidak berhak menyusun waktu dan bukan itu tugasku.
Kerana percaya bahawa pertemuan sentiasa menanti aku.
Kerana percaya bahawa perpisahan adalah penantian untuk kembali.
Kerana percaya bahawa tidak ada pertemuan dan perpisahan yang abadi.
Kecuali perpisahan untuk mati.
Kerana percaya bahawa setiap perpisahan yang akan aku lalui adalah perpisahan yang merelakan satu pertemuan yang baru dan akan menjadikan detik detik yang indah.
Kerana percaya bahawa aku tidak mempunyai hak mengatur perjalanan hidup mu.
Dan aku di sini tetap
Menanti akan tibanya pertemuan seterusnya. Walaupun ia tidak seindah pertemuan pertama namun akan menjadi pertemuan yang lebih bermakna.
Nilai pertemuan itu akan menjadi detik yang sentiasa berharga bagi hati hati yang selalu rindu.
Rindu untuk menemui kekasihnya dan bersatu kembali bagai hari disatukan jiwa dan raga."

No comments: