An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Thursday, September 18, 2008

Terselindung Rasa Di Dalam Raga

Batu Pahat - Kulai - Senai - Johor Bharu
Friday September 5 2008

“Harus bagaimana ku tahu isi hati mu itu
Kiranya dalam tersimpan rasa kecil hati
Harus bagaimana aku selami hati mu untuk
Menyingkap rahsia terselindung
Ada pun kau rasa gembira atas kehadiran ku
Mahu pun berduka atas pemergian ku
Aku hanya insan biasa seperti mu sayangku – bahkan aku tidak mendengar jeritan hatiku
Masakan menghitung detikan kata hatimu. Ada pun terluka atau gembira.
Perjalanan cinta ini pernah terputus di antara sela waktu namun tetap ia bersambung nyawa sampai akhir hayat ku
Bukan aku menggoncang kepercayaanmu dan tidak aku menggegarkan lelangit kejujuran mu
Tetapi dibumi inilah segala bait bait episod ceritera kehidupan seorang manusia terkarya
Kerana dengan kekurangan ini aku tidak mampu menanggungnya
Kiranya engkau wahai sahabat ku
Terluka di hati mu tanpa aku sedari dan terguris perasaan tanpa relamu
Di saat ini aku bermohon dan hanya satu yang ku pinta dengan keikhlasan. Maafkan aku....."

JOGJAKARTA
August 26 2008 11.00 a.m
“Kita tidak akan pernah merasai kehilangan sehingga ia belum datang menjemput.
Dan ketika itu kehilangan dijamahi. Selagi berpergian belum menjemput dijendela hati.
Belum lagi, selama mana belum ia di pandangan dasar mata batinmu.
Kerana disetiap detik waktu dan sela nafasmu. Kreasi cinta dan memori dan ia akan melekat dialam yang kekal. Bukan idealism dan kenyataan dan kebenaran yang wujud.
Bersatu didalam diri dan didalam Diri mu.
Dan kita tidak akan pernah merasai kehilangan selagi waktu itu belum melepasi saraf dan nadi dan degupan jantungmu.
Kerana kita terlalu alpha dibuai oleh kenangan waktu kelmarin dan keindahan impian waktu esok.
Kita alpha dan lupa dan hanyut kerana tidak menghargai waktu ini dan kini dan hari ini. Dimana sela nafas masih kita rasakan naik dan turun, masuk dan keluar, berhenti dan masih berdetik nadi.
Apakah yang lebih penting dari kelmarin selain pengajaran yang telah kita perolehi – namun tidak pernah mensyukuri. Dan kita lupa jejak semalam seribu dan satu kenangan.
Apakah yang lebih bermakna dari hari ini selain kenangan yang bakal dicipta dialam yang abadi. Dan adakah kita menciptakannya kenangan itu dengan keindahan abadi Sang Pencipta di dalam sela nafas.
Apakah yang lebih meyakinkan dari hari esok selain menyerahkah impian dan impian dan impian ke tangan Tuhan yang mengaturkan perjalanan hidup kita – dengan keyakinan dan kepercayaan yang tulus.
Apakah kita akan redha dalam keikhlasan di atas waktu yang telah berlaku, berlalu dan akan menjadi waktu-waktu sepanjang perjalanan hidup ini.? tamat

“Aku menyingkap rahsia dari segala rahsia, tabir dari tabir yang membatasi, disebalik hikmah dari hikmah yang tersembunyi. Di atas gemala tujuh petala langit di bawah tujuh petala bumi. Dan kutemui rahsia itu ada diantara dua pertemuan. Diantara penciptaan dan kemusnahan. Diantara dua sela nafas.”

No comments: