An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Sunday, March 28, 2010

Perbezaan Lelaki dan Perempuan


Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
Allah
telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan
menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya
di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan
akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki
dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan
berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan
pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri
akan
segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki
biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak
keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai
pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau
kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung
dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan
manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan
menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki,
mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya.
Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup
hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih
fleksibel.
Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej
dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya
tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah,
manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah
atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah
atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah
berminggu-minggu.
Rasulullah
s.a.w bersabda: "Siapa yang mengajak ke jalan kebenaran maka dia
memperolehi pahala sebanyak pahala yang diterima oleh orang-orang yang
mengikutinya, tidak kurang sedikit pun. Dan siapa yang mengajak ke
jalan kesesatan, maka dia memperolehi dosa sama banyak dengan dosa
orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit pun."- Riwayat
Muslim
Oleh itu tolong sampaikan kepada mereka yang lain tapi jangan sampi
menyakitkan hati mereka
"Allah menguji bkn sengaja,ttp sbg latihan utk diri supaya lbh kental
menempuhi semua ujian2 Nya yg lain"
"Bila
engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan
keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu… Pasti akan damailah
hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk
sesuatu yang sia-sia… Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati
yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan
akrab denganNya…"

No comments: