An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Friday, March 5, 2010

Minda dan Emosi

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita

dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal

bahkan terlalu susah untuk dikawal.

Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda

berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal

emosi diri sendiri.



Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah

tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau

bengkok hati?alamak. .) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu

permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.



Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi

orang yang bijak mengawal emosi.



Cemana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh

dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .



Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda,

tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam

diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik

dan luar biasa hebat.



Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa

tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan

pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.



Lebih banyak fikiran Anda “layan” rasa tertekan, lebih teruk ia akan

jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.



Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan,

tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?



Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu,

Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan

bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.



Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan

bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.



Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang

pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk

melatih minda Andabertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara

paling baik.



Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata

lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan

mana-mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan

usia.



Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila

atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang,

katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks,

relaks dan terus relaks.



Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai.

Cubabertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas

slow-slow dan jangan buat apa-apa.



Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih

menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda

tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas

masalah yang menimpa.



Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu

berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu

mengamalkan zikirmahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita

berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.



Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai

diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata

nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.



Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.



Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan

pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia

hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan..”



“Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak

bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu”



Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang

menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang

selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?



Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang,

lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.



Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran

Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang

boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang

setiap masa.



Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari

pemikiran negatif.Be in control.



Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan

emosi gembira dan energetik.



Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar

untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih

terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.



Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga.



Relaks.



Lastly, Be cool.



See? kan lebih senang camtu?



artikel dari www.imotivasi. com

No comments: