An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Saturday, February 20, 2010

syurga dan neraka

tidak siapa pun suka akan perkara yang buruk, tabiat keji dan apa jua perkara yang tidak disukakan oleh kita sama ada apa yang kita lihat, dengar, rasa atau fikir. itu adalah benar apabila ada orang lain yang sama berfikir tentang persamaan ini.

ketahuilah bahawa kita masih lagi manusia.
dan apabila api didalam diri yang dibakar dari iblis dan syaitan yang menimbulkan keraguan, was-was yang dibawakan dari sifat-sifat yang mejadi bahan bakar iri hati, hasad dengki yang suatu ketika pernah menggoncangkan syurga. ketika itu kita merasakan hidup umpama didalam neraka yang wujud sebelum kejadian didalam diri.

berbahagialah bagi mereka yang menemui ketenangan didalam diri yang menjadi syurga dihati manusia. dan mereka aman kerana-Nya dan sekalian makhluk akan merasai-Nya. dan kerana-Nya manusia dimuliakan dan diangkat darjatnya dari makam-makam didalam hati.

kerana apabila mati / terpadamnya api amarah akan keluar sumur budi dan segalanya dari hati. yang berkata itu banyaknya akal dan fikiran. dan yang berkata-kata itu hati.
walaupun manusia satu hatinya tetapi tidak mengenal dirinya yang satu ini kerana diragukan dengan banyak fikirnya.

yang hidup itu nyawa. yang mati itu jasad.
apakah gunanya hidup dan kehidupan kiranya ia tidak memberi kemanfaatan. sungguh banyak perkara yang membawa kita ke jalan menuju 'neraka' itu hingga ke sekecil zarah. dan tidak kurang pula amal yang membawa kita ke'syurga' sehingga kesekecil zarah.

bila nyawa sudah dikerongkongan apakah bermakna seluruh isi alam ini - kerana kita mengisinya dan alam ini mengumpul kita.

selagi ada nyawa memanfaatkan pengajaran dan makna sebuah kehidupan dari seisi alam termasuklah manusia sejagat. supaya kita dapat mengenal siapa yang menciptakan seluruh alam dan isinya. mengenalkan kita dengan diri kita - manusia sama seperti manusia lainnya dan lalu mengenalkan kita dengan yang Satu.


kita telah melepasi alam yang sebelum ini dan kerana kita hanya ada satu peluang hidup di alam fana sebelum alam yang kekal.

bukankah  banyak cara kita untuk bersyukur . . . dengan apa cara sekalipun kita bersyukur kepada Sang Pencipta kerana menjadikan kita manusia sebelum jasad disimpan mati menjadi dan nyawa dikunci. dan jiwa yang hidup menjadi kesaksian sebelum jiwa yang mati.

No comments: