pagi ini, 3 perkara berlaku dan inilah pengajarannya.
1. jangan berjanji dengan orang. sebab kalau engkau mati sebelum janji tertunai. engkau kena sumpah seranah jer sebelum dia tahu engkau dah mati. kan?
2. jangan sampai orang lain fikir engkau adalah orang yang kaya harta bila engkau tahu siapa yang mememberikan kekayaan itu. engkau akan dipersalahkan atas setiap perhubungan hanya kerana kekayaan itu yang menjauhkan engkau darinya.
aku percaya rezeki itu dari Allah, dia berhak menentukan sehingga ke saat akhir. sekalipun disaat nyawa dikerongkongan, bilamana setitis air pun tidak mampu kita telan.
Kiranya harta menjadikan aku menjauh dari orang yang selalu dan mendekati diriku. Ya Allah jadikanlah ia sesuatu yang mendekatan aku dengan-Mu. Kiranya ilmu in menjadikan aku dipandang tinggi oleh sekaliah makhluk jadikan ia sesuatu yang merendahkan hatiku kepada-Mu. Engkau berhak memberi kepadaku dan mengambil apa jua dariku dalam detik yang tidak akan pernah aku sedari walaupun sehirup nafas pemberian-Mu. Kiranya hari ini aku papa, aku bersyukur kerana dapat menghirup setitis air dari lelangit. Ada ketentuan-Mu yang harus au laluinya dan aku tidak mempersoalkannya. Dengan yakin Engkau menjadikan hikmah dan tanda didalam setiap kejadian dan ciptaan. Mudah-mudahan Engkau menjadikan aku menjadi orang yang bersyukur dan beringat. Amin.
3. Jadi apa sebenarnya yang manusia cari dan ingin, berkehendak di dalam dunia ini.?
Mereka mencari CINTA diluar? Aku mencai CINTA-Mu di dalam diri aku sendiri. sehingga aku tidak menghiraukan segala keinginan duniawi. Kerana didalam setiap ciptaan-Mu Engkau menjadikannya dengan cinta dan kasih terhadap manusia. Janganlah Engkau jadikan aku orang yang lupa dan jauh dari-Mu
No comments:
Post a Comment