An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Wednesday, December 16, 2009

Tuesday 15 December 2009 1:13 PM (D0)

“Berbicaralah dengan penyatuan 3 perkara hati, akal dan lidahmu.”

“Dan apabila tertutup satu pintu akan terbuka seribu pintu kebaikan dan kesejahteraan. Dan sekiranya terbuka satu pintu ia akan membuka seribu pintu kejahatan dan kemusnahan. Pintu itu adalah pintu yang sama dating dan perginya. Masuk dan juga keluarnya segala kebaikan dan juga keburukan.

Pintu itu adalah NAFSU.”

“Banyaknya manusia yang berkata-kata kerana mereka perlu berkata-kata untuk sesuatu bagi apa jua tujuan. Ramai juga yang berkata kerana habitnya yang suka berkata-kata atau juga kerana telah menjadi kesukaan dan kelazatan untuk berkata.

Tetapi apakah tujuan hidup dan kehidupan ini seluruhnya menjadikan manusia makhluk yang berkata-kata dengan membahaskan sesuatu yang tidak bermakna dari satu sudut kefahaman yang mendalam dari apa yang diucapkan?

Dan darinya manusia telah membuang banyak dari masanya yang mereka tiada.

Dan aku dari kehidupan yang tertinggal adalah merasakan didalam kedalaman pemahaman tentang perbahasan. Darinya banyak yang tersia dan tidak membawa apa pengertian untuk kehidupan.

Kerana lingkungan kemasyarakatan serta keperluan ataupun kehendaknya memaksa manusia perlu berkata-kata dan atau juga berkomunikasi. Yang tidak dapat tidak adalah satu perhubungan kemanusiaan sesamanya. Dan darinya adalah terasa keperluan untuk menjadikan lidah yang bisu, mata yang buta, kaki yang pincang. Yang tinggal hanya hati dan akal yang hidup yang mendengar dan berkata-kata dari kemurnian.

No comments: