An End Is A New Beginning, A New Life And A Life To Remember

Monday, November 23, 2009

Kebenaran dan Kekurangan

15 November 2009
“Dan apabila kebenaran lenyap mati bersama kepastian didalam fitnah serta keraguan yang nyata. Akan lahir kebenaran yang akan membenarkan segala kebenaran terdahulu lalu segala dusta akan dimansuhkan. Berkekalanlah kebenaran itu.Tetapi sudah terlambat bagi orang yang menyebarkan dusta dan fitnah. Tinggallah mereka didasar lautan dan api yang membakar didalam fikiran dan hati.selagi hidupnya terseksa oleh perkataan yang diciptakan oleh akal mereka, kemusnahan yang lahir dari kebencian didalam hati mereka.”

Kita dapat lihat manusia yang diberikan pendidikan yang sempurna. Dan mereka menjadikan itu sebagai timbangan dan neraca bagi menentukan hukuman dengan perkataan mereka keatas manusia lain yang serupa dan sama dari asal kejadiannya.

Bukan aku yang hanya sebagai manusia menghukum manusia lainnya dengan perkataanku.
Mudah mudahan dipeliharakan aku oleh Allah dan menjaga hati. Akal dan lidahku didalam menentukan apakah perkara yang harus dan tidak, mesti dan tidak aku perkatakan.
Setiap perkataan ada maknanya, setiap ayat ada perkara yang tersirat seribu dari makna dan apakah pula perkataan yang dari detikan hati, terlintas oleh akal dan terlafaz oleh lidah/lisan.


Dalam perkiraan 5 - 10 peratus manusia didunia ini dilahirkan tidak berkeupayaan dari segi fizikal. Saya belum berjumpa dengan manusia yang dilahirkan didalam keadaan kekurangan keupayaan mental (insane). Tetapi tahukah kita bahawa 90 peratus selebihnya manusia dan 50 peratus darinya jumlah itu manusia yang mempunyai penyakit hati dan mental.

No comments: