Fitnah itu cukup berat untuk kamu menanggungnya dengan dosa selama mana ia berada di dalam hati kamu yang kotor.. Sedangkan orang yang kamu fitnah ini jiwanya sentiasa berada di dalam ketenangan yang dianugerahkan.
Perkataan dan pertuduhan itu akan menghukum diri kamu sendiri selama mana ibadat dan amal kamu yang kamu sadurkan dengan nama Pencipta tidak dapat memandu hati, akal dan lidah kamu untuk memurnikan perkara2 yang baik dan indah. Kerana kamu tidak pernah mengenal bahawa manusia itu seperti kamu. Adakah dengan darjah ibadat kamu itu akan dapat menghapuskan dosa dari lidah dan hati kamu? Sedang amal mu hanya manaburkan fitnah dan percakapan siapa yang akan engkau percaya?
Sedang engkau tidak mempercayai diri mu sendiri dan Pencipta kamu dengan menyakiti hati orang disekeliling kamu. Dan kamu membenci orang yang tidak mendekati kamu, sedangkan kehadiranmu tidak disenangi dari lidah yang berduri dan hati berlumur hasad dengki dan iri hati sesama manusia dan fikiran kamu yang penuh dengan racun yang membunuh hati dan perasaan makhluk sesame kamu.
Diamlah kamu didalam derita yang akan kamu tanggung sehingga akhir hayat kamu !
Pengampunan yang kamu pohon itu tidak dapat dibilas dengan ibadah seribu tahun. Nescaya air dilautan kering tandus. Sekalipun diganti dengan air mata.
Tetapi kamu tetap dengan noda dihati kamu.
Sekalipun usia mu menjangkau ribuan tahun, tetapi apalah gunanya kiranya kamu tidak saling mengenali manusia yang serupa denganmu. Apatah lagi untuk kau menghormatinya atas dasar kemanusiaan.
Bukan aku tidak menghormati tetapi apakah ukurannya usia manusia yang tiada beza dengan makhluk lain? Sampai masa menepati janji yang pasti. Mati.
Bukan aku tidak menghormati tetapi apakah ukurannya usia dengan kemurnian dan keikhlasan hati ? sampai masa menepati janji yang pasti. Mati.
Apakah darjat kehormatan manusia itu pada akal, atau usia, atau harta dan kemewahan. Apa lagi yang bias kau jadikan ukuran?
Kalau bukan pada ukuran hatinya?
Kamu tidak mempercayai diri mu sendiri dan yang menciptakan mu. Bagaimana pula kamu mempercayai ilmu yang bukan dalam jangkauan akalmu?
Mempercayai sesuatu yang tidak pernah kamu lihat?
No comments:
Post a Comment