Dilulus terbit pada Thursday, February 12 @ 19:00:00 MYT oleh AbuJihad
Oleh ahmad82"
Jelmaan Sultan Abdul Hamid, penuh sedar dan berani, itulah yang dapat diungkapkan terhadap Erdogan selepas memberikan tamparan yang mengejutkan buat Shimon Peres dan ia mengundang satu gelombang besar terhadap sikap dunia selama ini yang hanya retorik terhadap Israel.Erdogan telah membenarkan kata-kata Saidina Umar:
"نحن قوم أعزنالله بالإسلام فاءن ابتغينا العزة فى غيره أذلنا الله"
Maksudnya : Kita adalah kaum yang diizzahkan Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang memilih keizzhahan selain daripadanya maka Allah akan memberikannya kehinaan.
Semua pemimpin ummat Islam harus kembali segera mencontohi sikap tegas dan berani Erdogan. Nama beliau kini meniti di setiap bibir rakyat marhaen yang cintakan Islam dan keadilan. TV Al Quds menemui ramai penduduk Gaza dan ia memang tepat, pujian dan sanjungan sepenuh hati dari kalbu ummat Islam Palestine dimana-mana sahaja.
Erdogan menjadi wira dan suara baru bagi ummat Islam Palestine, setelah para pemimpin arab dan Islam lain gagal berbuat demikian.
"Presiden Peres awak lebih tua dari saya dan suara awak lebih nyaring,'' katanya kepada pemimpin Yahudi itu. ''Penyebab awak meninggikan suara adalah psikologi dari perasaan bersalah.
''Saya tidak akan meninggikan suara sebegitu. Apabila bercakap soal membunuh, awak lebih tahu bagaimana untuk membunuh. Saya amat maklum bagaimana anda menembak dan membunuh kanak-kanak di atas pantai,'' ujarnya pada Peres.

Dunia seolah-olah baru dikejutkan bahawa reaksi seorang pemimpin tertinggi sebuah negara ummat Islam amat berkesan untuk sebarang pendirian yang padu dan realistik. Sikap Erdogan mencermin hasrat kerajaan dan rakyat Turki bahkan amat tepat untuk untuk kita mengatakan bahawa beliau adalah wakil semua ummat Islam yang cintakan kedamaian di Gaza.
Renungi kata-kata Said bin Suwaid:
Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
Sikap Erdogan amat jelas dan terang, terlalu jelas untuk difahami mesejnya kepada Amerika dan Israel betapa ada lagi kuasa Islam yang tidak menjilat tapak kaki mereka untuk sebuah kekuasaan yang hina. Erdogan membuktikan beliau adalah anak jantan dalam mempertahankan hak dan keadilan sejagat.
Benarlah kata-kata Khalifah Umar al-Khattab:
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.
Ia adalah pengajaran penting buat negara-negara Arab yang selama ini sanggup mendiamkan diri terhadap kekejaman Israel menghukum rakyat Gaza atas nama memerangi pengganas HAMAS. Mesir sendiri lebih Yahudi dari yahudi. Menangkap, menghinjak, memukul setiap rakyatnya yang menyatakan perasaan marah terhadap serangan Israel. Setiap demonstrasi pasti akan menyaksikan ummat Islam Mesir ditangkap dan dihukum.
Pelik bukan! yang dimarahkan ialah Isarel, yang disokong ialah HAMAS, tetapi yang bertindak ialah kerajaan Mesir. Apa yang dibimbangkan sebenarnya, walhal rakyat tidak pernah menyentuh kerajaan dalam demonstrasi.
Bahkan amat pelik bagi seorang pemimpin negara ummat Islam jika mereka lemah untuk menyatakan bahawa tindakan Isreal itu adalah kezaliman. Bukan sahaja tidak berani menyatakan kezaliman Israel malah keadilan untuk ummat Palestine juga tiada dalam kepala mereka. Apakah yang mereka bimbang sebenarnya jikalau mereka bersikap

No comments:
Post a Comment