jangan membandingkan aku dengan harta, rupa dan segala habuan mata yang paling indah dimuka bumi ini. kerana aku tidak mempunyai apa pun dan tidak satu pun menjadi milikku yang abadi. dan tidak pula aku memilikimu, tetapi aku dimiliki oleh diriku yang 'hak'.
aku tidak ubah bagai bumi yang ku pijak dibawah kakiku sendiri, udara segar yang kuhirup dan langit yang kujunjung. untuk apakah semua perbandingan itu yang akhirnya kau akan kecewa diatas tuntutan dan janji yang tidak akan kau kecapi. dan aku tidak akan mampu mencurahkan kemewahan dunia kedalam dirimu.
jika engkau memandang jauh didalam hatiku dapatkah engkau melihatnya cinta yang membuat ku hidup dan aku akan hidup bersamanya selagi cinta itu kekal di dalam hatiku. dan didalam hati ku ada 'tempat' yang paling damai pernah aku lawati dan kekal indah didalamnya.
dan disitulah akan kau temui kehidupan yang abadi.

No comments:
Post a Comment